Yakinlah bahawa limpahan rezeki akan datang melalui amalan bersedekah. Hal ini tercatat dalam Surah Al-Baqarah ayat 245 maksudnya: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan."
Oleh sebab itu, janganlah takut untuk tidak dikurniakan rezeki, kerana rezeki akan datang dari pelbagai sumber yang telah ditentukan oleh Allah SWT
Allah SWT sangat menyayangi dan mengasih hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan mereka dari semasa ke semasa dengan melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mereka berusaha siang dan malam untuk memastikan tahap iman dan takwa mereka di tahap yang terbaik serta di pandang oleh Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Al A'Raf a yat 96: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkanperbuatannya."
Moga Allah SWT murahkan rezeki kita semua dengan asbab kebaikan dan amal saleh yang kita lakukan setiap hari, bukan bermusim atau kerana sesuatu keuntungan duniawi semata-mata. Buatlah semua ikhlas kerana Allah SWT. Percayalah rezeki yang halal lagi barakah itu akan datang bergolek.
0 Komentar